• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

My Story

  • Home
  • Who Am I

Antara Tempat Makan Menarik di Perlis

18 May 2019 by syedsoffee Leave a Comment

Setiap kali ada pelanggan saya menyewa homestay yang bertempat di Taman Saujana Idaman Kubang Gajah Arau Perlis, mesti mereka akan bertanya di manakah tempat makan yang best di Perlis. Oleh itu saya cuba buat carian di Google dan masukan ke sini untuk mudah bagi pelanggan Homestay aku untuk mencari tempat makan di kawasan sekitar.

Syed`s Homestay. Sesuai untuk family besar.

Antara Tempat pertama yang saya akan akan suggest untuk customer homestay saya ialah

  1. Restoran Anjung Keli

Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Restoran ini mendapat perhatian program tv3 iaitu Jalan Jalan Cari Makan. Antara restoran pilihan ramai waktu makan tengahari. Ramai orang tempatan dan orang luar yang datang kesini. Lauk yang banyak dan pelbagai ulam ulam pilhan.

2. Restoran Pokok Sawa

Alamat: Kampung Kersik, Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1130am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat

Restoran Pokok Sawa ni juga antara pilihan penduduk tempatan dan warga luar setiap hari di waktu tengahari. boleh dikatakan setiap hari restoran ini penuh dengan pelanggan.

3. Daging Bakar Honey Nostalgia

Alamat: Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 7pm), ditutup pada hari Isnin

Ia berbeza sedikit dengan restoran lain di mana anda perlu ke kaunter untuk membuat tempahan. Anda akan menerima nombor. Kemudian, tunggu sehingga nombor anda dipanggil. Ramai berpendapat ini antara lokasi terbaik bagi mendapatkan daging bakar. Malah ia pernah muncul dalam sebuah rancangan makan-makan di Astro. Dagingnya yang lembut dan cukup rasa, paling enak dimakan bersama-sama dengan nasi dan sambal.

Harganya pula berpatutan walaupun anda boleh mengisi semula atau menambah nasi dan air berulang-kali. Ini merupakan destinasi yang anda perlu pergi jika berada di Perlis.

4. Ladang Nipah Kipli

Alamat: 02700 Sanglang, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1pm – 730pm), ditutup pada hari Isnin

Makan dan minum di restoran yang dikelilingi pohon Nipah memang suatu pengalaman yang jarang-jarang dirasai. Aman dan tenang, berangin dalam pemandangan ladang yang indah. Air nira nipah, terutamanya, paling disyorkan oleh para pelanggan. sesuai berkunjung di waktu tengahari atau petang.

Selain itu, mereka juga menyediakan masakan tempatan yang lain seperti bihun sup, mi rebus, pulut udang dan laksa. Ramai yang sanggup datang ke sini walaupun lokasinya agak jauh dari jalan utama kerana keunikannya. Harganya juga lebih murah berbanding tempat lain.

5. Al-Sagoff Corner (Air Halia Asli)

Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar

Waktu Operasi: Setiap hari (530am – 1pm)

Wajib minum air halianya! Dikatakan bahawa ia yang asli dan terkenal sejak tahun 1976. Tapi anda datang ke sini bukan untuk minum sahaja.
Anda mesti cuba Nasi Kandar dan paling bagus jika anda boleh bersarapan di sini. Kalau Nasi Kandar bukan pilihan anda, masih ada banyak lagi pilihan masakan Melayu yang anda pasti suka seperti mee rebus. mee kari, laksa dan banyak kuih-muih.

Mereka juga ada Roti Arab. Menu yang pelbagai inilah yang menarik ramai pelanggan ke sini. Jika ini membuka selera anda, jemput datang ke Al-Sagoff Corner yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammad, Jejawi.

6. Capati Arau

Alamat: No.28, Jalan 4, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis

Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (7am – 12pm, 430pm – 12am), Isnin (430pm – 12am)

Capati Arau

Kalau anda mahu capati, jemput ke Capati Arau. Ia paling terkenal di sini. Harganya juga tidak mahal menjadi tarikan ramai yang suka bersarapan di Capati Arau. Apa lagi bila capatinya yang lembut digandingkan bersama kari. Memang sedap! Roti-rotinya yang lain juga sama hebatnya

Capati arau adalah tempat wajib setiap kali aku balik ke kampung. antara makanan pilihan aku ni. Akmaklum lah ada darah pakistan. yang pasti capati Emak aku buat lagi sedap. hehe.

7. Komalaut

Address: 263, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Hours: C 6PM ⋅ Closed 1 AM

Ikan Bakar

Medan Makan Koma Laut ni paling ramai pengunjung pabila waktu malam. bagi penggemar ikan bakar korang wajib kesini. makanan sedap baq hang, harga juga berpatutan. banyak kedai makan di dalam medan makan ni. korang boleh pilih memana kedai.

Kesimpulan

Tempat makan sedap di Perlis yang mana menjadi pilihan anda. Jangan lupa komen, share dan like blog saya. Setakat ini saja pengkongsian saya untuk uolss yang datang menetap ke Syed Homestay. Banyak lagi kedai lain yang bukan pilihan saya. insyallah kedai kedai ini sudah memadai kepuasan uolss semua.

Filed Under: Uncategorized Tagged With: anjung keli, arau, ikan bakar, ikan keli, kangar, perlis, syedhomestay, tempatmakanmenarik

BILA ADA ANAK PEREMPUAN

23 April 2019 by syedsoffee Leave a Comment

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur. Masa dia kecil2 dulu. Tak rasa sangat cabarannya.
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.

Mak sentiasa pesan. Ada anak perempuan jangan ambil mudah…
Jangan buat tak endah. Tanggungjawabnya berat. Tugasnya amat besar.


Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki…

Bila ada anak perempuan. Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi2…
Biasakan pakaian menutup ‘aurat. Ajarkan anak anak berpakaian sopan…
Tidak terdedah sana sini. Tidak ketat menonjol. Ajarkan mereka erti malu…


Besederhana menikmati zaman kanak2…

Bila ada anak perempuan. Tak boleh dibiar tidur sana sini…
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana…
Jangan percaya kepada sesiapa.

Bila ada anak perempuan. Ajarkan mereka sentuhan selamat.
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan. Sentiasa temani mereka. Biar kita susah hari ini…
Dari menangis dikemudian hari. Bila ada anak perempuan. Ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri. Kerana diri mereka sangat berharga.

Bila ada anak perempuan. Terangkan kepada mereka tentang haid…
Dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu…
Bimbang mereka cari di tempat salah.

Bila ada anak perempuan. Pilihlah rakan untuk mereka. Kenali juga siapa kawan mereka. Rakan yang baik menjadi penguat. Rakan yang nakal menjadi pemusnah. Bila ada anak perempuan. Selalulah diperiksa handphone mereka. Apa yang dikongsi. Apa yang ditulis. Kena Ambil tahu. Bila tiba saat kau lepaskan mereka. Hidup berjauhan. Sentiasa ingatkan mereka. Jagalah diri baik2. Jagalah maruah diri. Jagalah maruah keluarga…

Biarlah orang kata kita kolot…
Biarlah orang kata kita syadid…

Bila ada anak perempuan. Berdoalah.
Mohon dijaga kehormatan diri mereka.
Mohon dijaga keselamatan mereka.
Moga2 Allah lindungi mereka…

Semoga bermanfaat untuk kita semua menjaga anak anak perempuan kita.

Ikut Pesan Mak.

Filed Under: Uncategorized

Senarai Kedai Kostum Untuk di Sewa Sekitar Kuala Lumpur

18 April 2019 by syedsoffee 1 Comment

Korang perasan kan, setiap kali ada program makan malam or event yang tema berpakaian. Setiap kali tu lah semua staff dan yang nak pegi event tersebut kelam kabut bertanya kepada En. Google.com.

Macam Team aku CSTeam, Team no 1 kat Coway. Minggu depan kitorang ada buat Grand Power Hour Q1 2019. Tema kali ni ialah GATSBY .So aku di tugaskan untuk mencari senarai kedai kostum yang boleh di sewakan. Bukan apa sebab yang akan hadir lebih kurang 400 orang juga. itu baru yang dapat invitation.


Alang-alang aku buat ni untuk rakan-rakan sepejabat, eloklah juga dikongsikan pada semua kan. Sebaik-baiknya, telefon dahulu kedai-kedai ni untuk membuktikan kesahihan alamat dan waktu operasinya. Selamat memilih! 🙂

Tema Gatsby

Absolut Pitch Costume Shop
Lot D3, 1st FL, Block D,
Fahrenheit 88 (old KL Plaza),
179 Jalan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur, Malaysia
http://www.absolutpitch.com/

Costumes “N” Parties
THE WELD, L2-09, Level 2,
76, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Tel: 03-21648184
Fax: 03-21648185
Operation Hrs:
Mon ~ Fri : 11am – 8pm
Sat & Sun : 11am – 6pm

http://www.costumes-n-parties.com/

Costumes Empire
Penthouse Suite 7.07, 7th Floor,
Wisma Central, Jalan Ampang,
Kuala Lumpur, Malaysia
For Rental Assistance call:
03.2164.3698
0111.5713.651
(during operating hours only)

www.costumesempire.com

Costumes Empire
Unit B-1-23A, Block Bougainvillea
10 Boulevard, Leburaya Sprint,
Jalan PJU 6A, Petaling Jaya.
Please call for appointment:
Linda: 0111.5713.652
(during operating hours only)

www.costumesempire.com

Partyshop!
Showroom is open based on appointments.
Contact 013-2285474 or e-mail to
normaria@partyshop.com.my for appointment
ONE-STOP PARTY SHOP (001002816-H)
T1-LG-D Boulevard Subang,
SS12/1 Wangsa Baiduri,
Subang Jaya 47500,
Selangor, Malaysia.

Tel: +6013 228 5474 (Normaria)
Tel: +6013 363 5484 (Adel)
Tel: +6012 211 0409 (Amirah)
Fax: +603 5191 1024

http://www.partyshop.com.my/

Century Fiesta Sdn. Bhd
28-1 Jalan SS15/4
SS15, 47500 Subang Jaya
Selangor D. E.
+603 5613-2048
OPENING HOURS:
11:00am to 7:30pm (Mon-Fri)
11:00am to 5:00pm (Sat)

http://www.centuryfiesta.com/

Century Fiesta Sdn. Bhd
No.44-2, Jalan 24/70 A,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
+603 2300 2048
+6017 234 5266
+603 2300 2046

info@centuryfiesta.com
http://www.centuryfiesta.com/

CantiqueCostume
Open Daily 11am-8pm, Sunday Close.
22-1, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman,
Ampang 68000 Selangor, Malaysia.
(Opposite Tesco Ampang)

rent@cantiquecostume.com
http://cantiquecostume.com/

Costume World
B-3A-17 Pusat Perdagangan Pelangi Square,
Persiaran Surian PJU 6, Pelangi Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 03 7729 7332
Mon – Fri 11am – 7pm | Sat 11am – 4pm | Close on Sun & Public Holiday
enquiry@costumeworld.com.my
http://www.costumeworld.com.my/

AbraCaDabra Costume Rental (M) Sdn Bhd
No 50-2 Plaza Puchong
Jalan Puchong Mesra 1
58200 Kuala Lumpur
West Malaysia
Office No: +603 8076 7493/492
Fax No: +603 8076 7051
Mobile No: 016-3835536

Email: abracadabra.costumerental@gmail.com
Website: www.abracadabra-costume.com

DC Comics Super Heroes
Lot No. : 5.11.00, Level 5 Pavilion KL
Tel. : 03-2143 3882

www.dccomics.com/dccomics

Caiko Costume Gallery
17-2, Jalan Puteri 2/2,
Bandar Puteri, 47100
Puchong, Selangor
016-6647603 (Hotline)
016-9556515 (Adelene Chai)
016-357577 (Celine Ko)

E-Mail : caikocostume@gmail.com
http://www.caikocostume.com/

Melody Costume
No. 96, Jalan Besar, Batu 8,
52100, Kepong,
Kuala Lumpur 68100‎
03-6275 5680
Gavin LEe.k.w H/P:016-2332095
Every Mon – Sat. 11.00am – 7.30pm

Adonis & Dash Costumes
Unit 2.06, First Floor, Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tel: (03) 21626289
E-mail:
info@adonis-dash.com
(During business hours)

http://www.adonis-dash.com/

Cool Costumes Sdn Bhd
Unit 06-90 Berjaya Times Square
55100 Kuala Lumpur Malaysia
Tel : 03-21417655
http://www.coolcostumes.sto.my/

Fancee Costume Rental
30, Jalan Mengkuang Off Ampang Hilir,
55000, Kuala Lumpur
Tel / Fax : 03 4253 4030
HP: 012 990 4278 – Munirah
HP: 017 360 1970 – Misah

http://www.fanceecostumerental.com.my/

Anime Tech Sunway Pyramid
F1.23, Sunway Pyramid,
3, Jalan PJS11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Time : Mon – Sun, 10:00 am – 10:00 pm

Online Shopping:
http://www.cosplay.my/
http://thecostumemansion.blogspot.com/
http://kidcostumecollection.blogspot.com/

Macam kedai kat bawah ni SPECIAL skit. kedai untuk pakaian Kebudayaan sahaja. Febuary lepas Team aku under SM CK ada buat Malam Kesultanan Melayu. Kebanyakan kami menyewa baju dari kedai Kak Nita ni. Kak Nita juga memang Supplier terbesar baju untuk Istana Budaya KL. Antara servis yang kak Nita buat ialah

Rumpun Seni Trading
33-4-2 Jalan 3/50,
off Jalan Gombak,
Diamond Square Commercial Centre
53000 Kuala Lumpur
Tel : 019 2200901
FB : Hanita Nita
Email : hanihanaib@gmail.com

Make-up-Artist for Wedding , Dinner Stage show, Photo shoot

Services – Traditional Dance, Traditional Music, Gemalan, Stage Event Co-ordinator

Rental & Sell – Accessories Hair Bun Costume Costume Made

Filed Under: Uncategorized Tagged With: costume, coway, dinner themed, kostum, rental

PENGALAMAN SAKIT GIGI

20 March 2019 by syedsoffee Leave a Comment

Fuhh.. dah lama tak rasa sakit gigi sambil berdenyut denyut kat gigi. Sebelum ni aku tak pernah merasa sakit gigi. Selalu dok tengok kawan kawan yang sakit or wife aku sendiri. Yer la sampai menangis pun ada. Sebelum ni pun bila tengok kawan kawan sakit gigi aku macam tak berperasaan.

Sakit baq hang

Sampai lah 2 hari lepas aku merasai nya sendiri. aummm sakit yak mat. Bermula dari bangun tido pagi tu aku dah rasa sakit sikit. Bila minum air ais or kumur waktu amik wudhuk pun rasa nyilu. Sampai lah waktu malam aku dah tak boleh tahan. Terus amik kunci kereta pegi ke farmasi kat area umah tu then aku cari ubat gigi Sensodyne. Tanya pada staff kedai tu ubat gigi jenis mana yang nak bagi hilang rasa sakit ni. Aku pun amik ubat gigi Sensodyne yang warna purple + Listerine ubat kumur.

Sampai saja kat rumah aku terus gosok gigi dan berkumur sampai 3 kali 1 malam tu. Sakit gigi masih terasa sehingga lah pukul 12 malam. Terasa hilang punca juga malam tu. Aku terus cari ubat Tahan Sakit kat dalam peti sejuk. Alhamdulillah masih ada 3 biji lagi. Ubat beberapa bulan lepas waktu aku sakit kepala. hahah. terus belasah makan 1 biji.

” Pukul 3 Pagi Sakit Masih menghantui diri” sob sob sob

Akhir nye aku terbaring kat atas katil, pusing kiri dan kanan dan masih sakit gigi aku. last option yang aku buat untuk nak bagi hilang sakit & nak bagi cepat tido ialah dengan aku buka fon dan buka apps Al Quran. Surah kegemaraan aku ialah surah Al Mulk & Surah Ar Rahman.

Selang beberapa saat or minit aku tak ingat dah. Setan pun lari dah aku rasa dan aku terus terlelap sampai pagi.

Alhamdulillah waktu bangun tu, aku dah tak rasa sakit gigi or berdenyut denyut. Hanya sedikit nyilu waktu berkumur. Harini dah masuk hari keempat dan aku masih bertahan & tak mau pegi jumpa doktor gigi. hahaha.. sebut doktor gigi bertambah aku nye nyilu. hahah.

plssss Don’t Come Back

Begitulah lah pengalaman aku sebagai orang muda yang masih sakit gigi. (tanda dah tua la tu kot kan??) hahah

Filed Under: Uncategorized

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

5 March 2019 by syedsoffee Leave a Comment

Satu malam selepas solat isyak saya ada membaca satu artikel yang menceritakan kisah berkat disebalik membaca bismillah. Cerita nya sangat terkesan kepada saya. ialahkan dengan membaca dengan membaca bismillah sahaja.

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.”
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

Nabi SAW juga ada pernah bersabda,

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ أَمْرٍ ذِيْ بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيْهِ بِـ : بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ فَهُوَ أَبْتَرُ

“Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.” (HR. Al-Khatib dalam Al-Jami’, dari jalur Ar-Rahawai dalam Al-Arba’in, As-Subki dalam tabaqathnya)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ أَمْرٍ ذِى بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ أَقْطَعُ

“Setiap perkara penting yang tidak dimulai di dalamnya dengan ‘alhamdu’, maka berkahnya terputus.” (HR. Ibnu Majah, no. 1894; Abu Daud, no. 4840. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini dha’if. Begitu pula didha’ifkan oleh Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaly dalam Bahjah An-Nazhirin, 2: 434)

Filed Under: Uncategorized

Baru Kawin 6 Bulan sudah rasa nak bercerai kerana rumah selalu bersepah.

3 March 2019 by syedsoffee 1 Comment

Keadaan bilik yang tidak terurus dengan sempurna

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai kes penceraian antara suami isteri. apa yang boleh saya katakan ialah suami isteri ini kemungkinan tidak ada tolak ansur dengan sesama sendiri. mereka juga mempunyai ego yang tinggi hinggakan saling tuduh menuduh sama mereka.

Perkahwinan adalah satu ikrar kesetiaan dan komitmen untuk kedua-dua pasangan lelaki dan wanita. Apa juga rintangan, tanggungjawab, baik-buruk harus ditanggung bersama.

” Keretakan Hubungan Penyebab bercerai”

Contoh kes di Kelantan suami isteri yang sering bergaduh disebabkan rumah bersepah. Kes sekecil ini menjadi besar kerana ego mereka berdua. Suami Isteri ini tidak ada masa untuk mengemas dan masing masing saling salah menyalahi antara mereka berdua.

Si isteri sering pulang lambat kerumah dan selalu membuat kerja overtime. apabila hari minggu sering keluar bersama rakan-rakan. sikap isteri yang tak bertanggung jawab ini adalah penyumbang kepada kes penceraian.

Apa salahnya jikalau saling memberi sedikit masa untuk mengemas rumah bersama sama. jika ini berlaku mungkin kes penceraian tidak akan berlaku.
Kita juga sedia maklum dengan pelbagai perniagaan berkaitan pembantu rumah. Hanya perlu membayar mengikut jam.

Kebanyakan keluarga di bandar bandar besar sering menggunakan cara memanggil pembantu rumah ini. Antara job skop diorang ialah, mengemas rumah, lipat kain, basuh baju, mengosok baju dan mop lantai rumah. Mudah kan untuk zaman sekarang ini. Dengan hanya menyediakan duit tambahan untuk orang lain membuat kerja rumah kita.

Maid Services

Filed Under: Uncategorized

BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.

3 March 2019 by syedsoffee 3 Comments

Dia berhutang dengan beberapa ah long sejumlah kira-kira RM300,000, dan sejak itu mereka menjadi sasaran pemungut hutang seperti rumah mereka dibakar, pintu pagar disimbah cat dan menerima ancaman lisan, isteri dan keluarga dalam ancaman

Insiden terbaru berlaku pada 25 Mei apabila rumah mereka dibakar, dan kebakaran itu telah merosakkan sebuah motosikal, pagar, bumbung dan kabel elektrik. Beberapa hari sebelum ah long datang, dia telefon dan beri amaran kepada keluarga mereka.

Suami yang menjadi sebagai ketua keluarga berhutang wang kepada ah long, dia tidak lagi tinggal bersama keluarganya di Cheras selepas keluarganya memaksanya keluar dari rumah itu lapan bulan yang lalu. Isterinya meminta dia keluar dari rumah ketika kali pertama ah long datang dan menyimbah cat di rumah mereka

Suami nya itu mula meminjam wang daripada ah long kira-kira tiga tahun lalu kerana tabiat berjudi. Keluarga itu mula berdepan dengan gangguan apabila ah long menyimbah cat di dalam halamah rumah mereka kira-kira lima bulan lalu. Keluarga Isterinya membantu membayar hutang sebelumnya tetapi mereka tidak mampu lagi untuk berbuat demikian. Dia meminjam wang sejak dua hingga tiga tahun lalu, sebanyak RM60,000 hingga RM70,000

Isterinya telah membantu membayar hutangnya sekitar RM35,000 dan mereka tidak lagi dapat membantu suaminya, Keluarga telah membuat laporan polis mengenai pelbagai gangguan dari ah long, tetapi mereka mendakwa tiada tindakan diambil. Kerana terdapat banyak nombor telefon yang diberikan oleh ah long pada risalah mereka, meminta ahli keluarga membayar balik wang.

Antara NGO yang sering membantu pemuitang ini ialah PPIM. Banyak juga kes kes yang telah mereka selesaikan. Untuk maklumat lanjut boleh terus ke website PPIM www.ppim.org.my

Filed Under: Uncategorized

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Antara Tempat Makan Menarik di Perlis
  • BILA ADA ANAK PEREMPUAN
  • Senarai Kedai Kostum Untuk di Sewa Sekitar Kuala Lumpur
  • PENGALAMAN SAKIT GIGI
  • KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Recent Comments

  • Sarena on Senarai Kedai Kostum Untuk di Sewa Sekitar Kuala Lumpur
  • Siti norshila binti othman on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • Abang kacak on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • rahsia on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • Hafidz Zed on Baru Kawin 6 Bulan sudah rasa nak bercerai kerana rumah selalu bersepah.

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 My Story on the Foodie Pro Theme