
Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pelbagai kes penceraian antara suami isteri. apa yang boleh saya katakan ialah suami isteri ini kemungkinan tidak ada tolak ansur dengan sesama sendiri. mereka juga mempunyai ego yang tinggi hinggakan saling tuduh menuduh sama mereka.
Perkahwinan adalah satu ikrar kesetiaan dan komitmen untuk kedua-dua pasangan lelaki dan wanita. Apa juga rintangan, tanggungjawab, baik-buruk harus ditanggung bersama.

” Keretakan Hubungan Penyebab bercerai”
Contoh kes di Kelantan suami isteri yang sering bergaduh disebabkan rumah bersepah. Kes sekecil ini menjadi besar kerana ego mereka berdua. Suami Isteri ini tidak ada masa untuk mengemas dan masing masing saling salah menyalahi antara mereka berdua.
Si isteri sering pulang lambat kerumah dan selalu membuat kerja overtime. apabila hari minggu sering keluar bersama rakan-rakan. sikap isteri yang tak bertanggung jawab ini adalah penyumbang kepada kes penceraian.
Apa salahnya jikalau saling memberi sedikit masa untuk mengemas rumah bersama sama. jika ini berlaku mungkin kes penceraian tidak akan berlaku.
Kita juga sedia maklum dengan pelbagai perniagaan berkaitan pembantu rumah. Hanya perlu membayar mengikut jam.
Kebanyakan keluarga di bandar bandar besar sering menggunakan cara memanggil pembantu rumah ini. Antara job skop diorang ialah, mengemas rumah, lipat kain, basuh baju, mengosok baju dan mop lantai rumah. Mudah kan untuk zaman sekarang ini. Dengan hanya menyediakan duit tambahan untuk orang lain membuat kerja rumah kita.

Bagus penyelesaian yang diberi..ada budget lebih, boleh bayar orang lain untuk mengemas rumah kita..