• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

My Story

  • Home
  • Who Am I

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

5 March 2019 by syedsoffee Leave a Comment

Satu malam selepas solat isyak saya ada membaca satu artikel yang menceritakan kisah berkat disebalik membaca bismillah. Cerita nya sangat terkesan kepada saya. ialahkan dengan membaca dengan membaca bismillah sahaja.

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, “Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah.”

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: “Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu.”

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, “Simpan duit ini.”
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, “Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan.”

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, “Bismillahirrahmanirrahiim.” Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.

Nabi SAW juga ada pernah bersabda,

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ أَمْرٍ ذِيْ بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيْهِ بِـ : بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ فَهُوَ أَبْتَرُ

“Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.” (HR. Al-Khatib dalam Al-Jami’, dari jalur Ar-Rahawai dalam Al-Arba’in, As-Subki dalam tabaqathnya)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُلُّ أَمْرٍ ذِى بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ أَقْطَعُ

“Setiap perkara penting yang tidak dimulai di dalamnya dengan ‘alhamdu’, maka berkahnya terputus.” (HR. Ibnu Majah, no. 1894; Abu Daud, no. 4840. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini dha’if. Begitu pula didha’ifkan oleh Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilaly dalam Bahjah An-Nazhirin, 2: 434)

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « Baru Kawin 6 Bulan sudah rasa nak bercerai kerana rumah selalu bersepah.
Next Post: PENGALAMAN SAKIT GIGI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Antara Tempat Makan Menarik di Perlis
  • BILA ADA ANAK PEREMPUAN
  • Senarai Kedai Kostum Untuk di Sewa Sekitar Kuala Lumpur
  • PENGALAMAN SAKIT GIGI
  • KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Recent Comments

  • Sarena on Senarai Kedai Kostum Untuk di Sewa Sekitar Kuala Lumpur
  • Siti norshila binti othman on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • Abang kacak on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • rahsia on BAHANA BERJUDI, KELUARGA SERING DI GANGGU.
  • Hafidz Zed on Baru Kawin 6 Bulan sudah rasa nak bercerai kerana rumah selalu bersepah.

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 My Story on the Foodie Pro Theme