Assalamualaikum,
Pertama sekali aku ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana sudi masuk ke blog aku. Aku adalah anak jati Negeri Perlis Darul Sunnah atau dulu dikenali sebagai Perlis Indera Kayangan. Lahir pada bulan June 1978. Dibesarkan dan bersekolah di perlis. Aku mempunyai 8 adik beradik. 3 Perempuan 5 Lelaki. Nama Sebenar Aku ialah Syed Soffee Bin Syed Alwi Jamalullail atau lebih dikenali di kalangan kawan kawan nama Shay. Sekarang aku mempunya seorang Isteri dan sepasang anak.

Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengku Budriah Arau. Aku melanjutkan pelajaran di tingkatan 1 sehingga tingkatan 2 di sekolah Agama, Almadrashah Alawiyah Addiniah ( ALMAAD ) arau. Sekolah Asrama Penuh. di tingkatan 3 aku sudah berpindah sekolah ke sekolah biasa iaitu Sekolah Menengah Syed Sirajuddin Jejawi Perlis sehingga SPM. habis saja SPM aku masuk Kolej swasta iaitu Multimedia Academy di serdang Selangor.
Aku mula berjinak jinak dengan Computer dari tahun 1995. zaman bermain MIRC dengan nickname Shay atau Amer|cana. sejak dari ini aku berminat dengan teknologi atau berkaitan online.
Dipendekan cerita aku sekarang berkerja Sebagai Pengurus Jualan di sebuah syarikat Korea. Coway (M) Sdn Bhd sebuah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Aku mula bekerja sebagai agent sejak dari tahun 2010 dan sehingga kini. Aku kini mempunyai 1 team yang besar. Team yang dikenali sebagai CSTEAM.
